Tuesday, November 25, 2008

Time remaja

Ibu tak mcm remaja skrg ni, boleh enjoy, bebas kesana kemari. Nenek ibu walaupun baik tapi very strict. Balik dari sekolah, makan nasi, naik atas masuk bilik. Rumah tepi jalan besar, ada kedai dobi, runcit, perabut. Talipon pun tak ada. Nenek juga guru Quran. Nenek tak ambil upah pun. Nenek mengajar Quran semata2 nak tolong anak2 org kampong. Sebab tu rezeki nenek murah. Bila nenek sibuk atau pun keluar rumah, ibu dan salah saorg aunty ibu (Bik Tom - dah meninggal) ambil alih mengajar budak2 tu yang seramai 20 org. Habis saja mengaji, mereka di suruh sapu sampah dalam dan luar rumah serta siram pokok bunga. Itu saja upah nya. Kadang2 nenek pegi bandar beli ramuan akar kayu untuk buat ubat makjun, masa ni lah ibu ambil peluang keluar rumah bersiar2 atau pun pegi rumah kawan, tak jauh pun cuma sebelah rumah saja. Ada satu hari tu nenek pulang cepat, ibu masih kat rumah kawan, tiba2 ibu dengar nama ibu di panggil, ibu jadi panik, cepat2 pulang, nenek tgh pegang rotan. Apa lagi masuk saja rumah, jadi lah insiden kejar mengejar antara ibu dan nenek kat dalam rumah tu. Akhirnya nenek keletihan, selamat ibu daripada rotan. Dahsyat2. Lepas Form 5, ibu pegi belajar kelas shorthand dan typing kat bandar, hmmm legalah sikit boleh tengok dunia luar, tapi tu pun bila saja habis kelas kena cepat2 balik rumah, kalu tidak kena soal la pula. Nenek juga beri ibu belajar driving. Kat kampong ada buat kelas masak memasak, nenek juga suruh ibu pegi belajar. Terima kasih nek, budi mu akan ku kenang sampai ke akhir hayat.

1 comment:

Monkey D Luffy said...

Salam Makcik,

saya suka cerita ni...

yalah makcik susah nak cari anak gadis yang betul2 terkawal sekarang ni....