Monday, December 15, 2008

Masa kecik2 dulu, ibu sekolah kat Tanjong Tokong, Penang. Dari darjah 1 hingga darjah 2, sekolah ibu terletak di atas bukit. Ibu terpaksa naik tangga, tinggi jugak tapi tak setinggi Batu Caves. Klu nak jalan pintas, ibu panjat bukit melalui rumah2 org dan hutan2 lalang. Kadang2 tu cuak juga, bukan apa takut terserempak dgn ular. Tapi ular pun takut, sebab ibu naik bukit beramai2. Kami naik sambil membuat bising, menyanyi lah, melaung lah sambil memegang kayu. Kat sekolah selalu juga jumpa ular, kadang2 tengah belajar ada ular tergantung kat atas bumbung sekolah. Kami terpaksa berhenti belajar. Waktu itu, buku sekolah tak ada, kami hanya bawa sekeping papan hitam ukuran lebih kurang 1 kaki panjang 10 kaki lebar, pembaris, kain secuping untuk membersih papan hitam tersebut serta sebatang kapur untuk menulis. Homework tak ada. Tuition pun tak ada. Waktu rehat ibu selalu beli kacang kuda, separuh ibu makan, separuh lagi ibu simpan. Sewaktu guru asyik mengajar, murid2 tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap subject yg di ajar, sebaliknya asyik bermain dengan kacang kuda. Kacang kuda tersebut di lenyek sehingga leper dengan pembaris kmd di edarkan untuk makan.

Naik darjah 3 dan 4, ibu pindah sekolah baru, di Tanjung Tokong juga, tepi laut. Di sini ibu mula belajar dengan menggunakan buku. Cik Gu kesayangan ialah cik gu Mahbud dan cik gu Hashim. Ada satu ketika kaki cik gu Mahbud terkena mesin rumput, habis satu kelas meraung dan berteriak padahal sikit saja jahitan luka nya. Kalau nak di bandingkan antara murid dan guru masa dahulu dan sekarang memanglah jauh sekali kasih sygnya.

Dulu2, sekiranya ada wayang menarik di panggung, ibu boleh meminta kebenaran dari guru untuk pulang awal. Kalu wayang bermula pukul 6 petang, nenek akan dtg menjemput ibu di sekolah pada pukul 3 petang.
Sebulan sekali pula, Kementerian Penerangan akan menayangkan wayang gambar di padang sekolah tersebut. Kedengaran kereta penerangan melalui corong besar menghibahkan kpd orang ramai filem P.Ramlee. Ibu di paksa oleh nenek tidur siang, supaya tak ngantuk malam nanti. Pukul 6 petang ibu dah siap dengan pakaian baju tidur. Lepas maghrib saja, semua berhimpun di padang tersebut dengan membawa makanan, minuman tikar dan bantal pun ada. Kami lepak atas rumput sambil makan dan minum kadang2 tidur pun ada. Semasa menonton pula, kami di beri minuman percuma air milo. Hmmmmm......sedapnya ........ sungguh nostalgia. kenangan dulu2.
Tension.............. kenapa blog ibu jadi gini, penat2 taip dah hilang. Tak best lah mcm ni. Kenapa ni.............. tak faham lah. Ibu ni bukan pandai sngt tentang computer. Kalu ada sapa2 yang boleh tolong ibu, please............kembalikan post2 yg ibu buat spt asal. Mcm mana nak continue posting kalu blog jdi gini. Kecewa yang amat sngt. Malas lah nak post lagi. Ada lagi bnyk cite2 menarik yg ibu nak post tapi................adoooooooi geram sungguh. Toloooooooog.

Saturday, December 13, 2008

Kemalangan

Kali pertama, semasa ibu berumur 15 tahun. Peristiwa berlaku apabila ibu pulang dari sekolah. Ibu pergi dan balik sekolah dengan bas. Rumah ibu bertentangan dengan bus stop. Nak jadikan cerita, suatu hari, apabila turun sahaja dari bas, ibu terus meluru melintas jalan dari belakang bas tanpa menoleh kiri dan kanan. Semasa melintas, there's an oncoming car on the left side of the bus. Apalagi, macam ada kuasa dalam diri, ibu terus memecut dan melompat parit yang sedalam tiga setengah kaki, lalu terus terpacak di atas tanah . Ibu tak bergerak hanya berdiri tegak macam patung, sambil badan menggeletar mungkin terkejut. Kulit ibu yang sememangnya putih menjadi putih pucat tanpa darah. Rasa nak menangis pun ada tapi tak keluar air mata, ibu hanya merenung muka2 jiran yang datang entah dari mana. Kemudian ibu dipimpin oleh ibu saudara dan nenek masuk ka rumah, yang hanya beberapa ela dari tempat kejadian. Terasa berat kaki hendak melangkah. Ibu diberi minum air kosong kononnya untuk menghilangkan rasa terkejut. Keesokan harinya, nenek dengan se ikat pisang sambil membaca doa memusing pisang tersebut ke atas kepala ibu sebanyak tiga kali, kononnya untuk menolak bala, kemudian di sedekahkan kepada anak2 jiran.

Kisah kedua

Bulan December 1976, musim hujan di Kelantan. Waktu tu ibu memandu kereta mini cooper. Kereta ni memanglah kereta lama, beli pun secong hand. Hujan turun renyai2, ibu pulang dari pejabat kira2 pukul 5 petang. Pandu pun taklah laju sangat cuma 30 kilometer sejam, faham2 sajalah kereta lama, pula tu hujan, jalan licin. Di hadapan ibu ada sebuah bas bawa penumpang. Tiba2 bas tersebut hendak berhenti menurunkan penumpangnya. Ibu yang kebetulan ikut dari belakang bas tersebut mula menekan brek.......alamak brek tak makan. Apa lagi tanpa memikir panjang, ibu lepaskan brek tersebut, terdetik dalam hati, apa nak jadi pun jadi lah. Ibu pejamkan mata, kemudian terdengar bunyi GEDEBU.....MMMMMMMMM, kereta ibu terhenti. Bila buka mata saja, ibu dapati kereta dah mencium belakang bas tersebut, kepala ibu pula terhantuk ka steering tapi mujur lah tidak serious. Kereta ibu pun tidak mengalami apa2 kerosakan mungkin di sebabkan pandu perlahan. Semasa kejadian, hubby berada di maktab perguruan, mujurlah ada sedara hubby tolong hantarkan ibu ka rumah.


Kisah ketiga

Ibu dan keluarga ingin bercuti ka Penang. Ibu bersama hubby dan lima orang anak. Anak ibu masih kecil lagi ketika itu. Kami bertolak dari Kota Bharu awal pagi dengan menaiki proton saga 1.5 cc berwarna coklat. Sampai saja kami dekat dengan Sekolah Rendah Sains Mara, Grik, sebuah lori tiba2 keluar dari arah kiri jalan. Semasa tu kami sedang menaiki bukit, apa lagi GEDEGEEEEE...........NG lah kereta kami menyondol lori tersebut. Rasa nak marah pun ada pada pemandu lori tersebut sebab tidak berhenti dulu sebelum keluar. Tapi Alhamdulillah walaupun depan kereta remuk teruk, kami sekeluarga tidak mengalami apa2 kecederaan. Adik ibu dari Sg Petani Kedah datang ambil. Kereta terpaksa tinggal di grik selama satu bulan untuk repair.

Kisah keempat

Ibu dan suami dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur ka Kota Bharu. Kejadian terjadi di lebuh raya Gua Musang. Di hadapan kami dua buah lori treler. Suami ingin memotong dua buah lori tersebut apabila sebuah bas dari arah bertentangan menuju betul2 ke arah kereta kami. Ibu panik, sambil memejam mata ibu pegang tangan suami sambil melaung ALL.............AAAAAAAAAAAAH. Ibu ingat mati tapi Alhamdullillah selamat. Semenjak dari itu ibu jadi fobia........takut naik kereta sekiranya perjalanan itu jauh. Sehingga ke hari ini masih lagi terbayang peristiwa yang menakutkan itu.

Thursday, December 11, 2008

Pengalman jadi guru

Tahun 1972 ibu dapat tawaran mengajar di Sekolah Rendah Ladang Kuala Ketil, Kedah. Waktu ni parents tinggal di Sungai Petani, Kedah. Melalui kawan abah dan setelah keizinan dari nenek, ibu di minta daftar di Pejabat Buruh Sg Petani, kmd di panggil interview sebanyak 2 kali. Memang rezeki ibu, di suruh mengajar selama 1 tahun.

Ketika ni ibu tinggal bersama parents. Dari rumah parents, ka sekolah tersebut sejauh 15 batu. Kami terpaksa melalui jalan tanah merah di penuhi dengan pokok kelapa sawit sejauh 3 batu dari jalan besar. Ibu tumpang kereta volkswagon kepunyaan saorang guru berbangsa sikh (dah tak ingat nama). Semua sekali 5 orang, saorang wanita India (girlfriend sikh) dan dua orang lagi guru laki2 berbangsa melayu. Cik gu sikh datang ambil ibu tepat pukul 6.30 pagi, pertengahan jalan ibu terpaksa alih tempat belakang . Of course, girlfriend sikh, mestilah duduk hadapan. Ibu duduk dibelakang berdekatan cermin tingkap kereta. Salah saorang dari guru laki2 tersebut berbadan besar, bayangkanlah betapa sempitnya, kami terpaksa duduk ikut zigzag. Masa awal pagi tentulah bau minyak wangi semerbak tapi semasa balik sekolah, Ya Allah, Tuhan sajalah yang tahu, dengan panasnya, bau ketiak hangit pun ada.

Kami sampai sekolah kadang2 lewat, sebab bila sampai tempat girlfriend sikh tu, kami terpaksa menunggunya kadang2 sehingga 10-15 minit baru nampak muka.

Sekolahnya banyak kekurangan. Bilik darjah tak berdinding. Buku sekolah pun tak banyak. Kipas pun tak mencukupi. Dinding sekolah dibuat daripada papan, itu pun dah buruk. Imagine satu bilik darjah satu tingkap, punyalah panas. Meja serta kerusi murid dan guru tak boleh nak cakap. Sedih tengok.

Murid tak ramai, 10-15 orang satu kelas. Ibu mengajar murid darjah 5, Bahasa Inggeris. Murid2 ka sekolah dengan baju kotor, kadang2 tak berkasut dan tak mandi pun ada. Kadang2 tak sampai 10 orang murid ka sekolah, alasan kena jaga adik, ibu ayah pergi kebun. Seingat ibu, Halil dan Azizan merupakan anak murid yang ibu sayang. Mereka berdua ni sentiasa bersih sikit dan tak pernah ponteng sekolah dan merupakan murid yang pintar juga. Azizan merupakan anak murid yang periang selalu senyum walau pun kena marah dengan ibu. Halil pula saorang yang pendiam. Mereka merupakan kawan baik, keputusan pereksa mereka boleh membanggakan. Kedua2nya sering berlumba2 untuk mendapat nombor satu. Selalunya bila murid tak pandai baca atau pun bising, ibu denda mereka dengan berdiri atas kerusi. Waktu rehat ibu tak makan sebaliknya pergi ka sungai berdekatan dengan sekolah untuk melihat pacat di pergigian air sungai. Kadang2 terlihat anak2 ikan melompat2 didalam air yang jernih itu. Terasa nyaman sekali.

Di akhir penggal persekolahan ibu masih ingat, dua anak murid yang ibu sayangi menangis sambil menghulurkan tangan. Sebak jugalah. Anyway, inilah pengalaman yang manis buat ibu.
Terlupa, gaji ibu sebanyak rm230. Masa tu banyak kan. Gembiranya dapat duit, tak pernah ibu pegang duit sebanyak itu ketika itu. Ibu agihkan duit itu kepada mak dan nenek, selebihnya ibu buat belanja untuk keperluan ibu sendiri.

Tuesday, December 9, 2008

pantang larang dan petua org tua dulu2

Disini ibu turunkan beberapa pantang larang yg ibu ingat:-

1. jangan makan kepala ikan - takut nanti bersanding hujan lebat
2. jangan duduk atas bantal - takut tumbuh bisul
3. jangan meniarap kaki ke atas - takut mak mati
4. jangan ludah dalam tandas - takut gigi rosak
5. jangan sapu sampah dlm rumah malam2 - takut rezeki tak masuk
6. jangan buang nasi rata tempat - takut nasi menangis
7. jangan duduk atas bendul muka pintu rumah masa mengandung - takut susah beranak
8. jangan tidur atas lantai simen masa mengandung - takut susah beranak
9. jangan main api - takut telinga busuk
10. jangan nyanyi masa masak di dapur - takut dapat suami tua

Disini pula beberapa petua yang ibu ingat:-

1. untuk mengelak dari jangkitan sakit mata - ambil ibu jari kaki, gosok di kelopak mata atau
ambil sedikit air liur dgn hujung jari kmd sapu pada kelopak mata
2. untuk awet muda - jangan makan nasi berselang seli minum air atau pun hendaklah minum air selepas setengah jam makan nasi
setengah jam makan nasi
3. untuk mengelak dari pedih mata semasa potong bawang - cucukan seulas bawang di hujung
pisau tersebut
4. untuk mengelak dari tangan melecur apabila terkena api atau benda panas - sapu kicap atau
ubat gigi
5. untuk menghilangkan ketumbit di mata - sapu bawang putih kpd ketumbit tersebut
6. untuk melembutkan rambut dan rambut nampak berkilat - gunakan santan pekat, sapu di kepala kmd biarkan setengah jam baru bilas dgn air
7. untuk mengelak dari sakit kaki apabila memakai kasut baru - gigit belakang kasut tersebut
8. untuk mudah bersalin - minum banyak air kelapa terutama masa dekat hendak
bersalin
9. untuk mengelak daripada pening kepala - apabila bangun pagi basuh muka dulu sebelum
gosok gigi
10. untuk mengelak daripada sejuk bila mandi pagi - basuh kedua belah kaki dulu, mulakan
sebelah kanan dulu, kmd basuh tangan, kepala baru seluruh badan

Together with family

SELAMAT HARI AIDILADHA to all bloggers.
A week before hari raya, ibu was in KL and on the 5th Dec. ibu together with hubby, daughter, her kids and maid drove back to KB with CITRA. We started from KL at 10 am and stopped for a rest at R&R Gua Musang at about 3.30pm. We brought along our food, and had a great lunch with white rice, sayur lemak kobis campur taugeh, sambal tumis ikan bilis, telur goreng dadar, ikan kering goreng and sambal belacan. After prayer we continued our journey and arrived at KB about 6.30pm.
The next day 6th Dec. at about 11.30 my sons from KL, his wife and 2 kids arrived, and at about 1.00pm my daughter who is from Kerteh together with her hubby and 2 daughters also arrived at ibu's house. It was really in a havoc with 6 grandchildren running, yelling and screaming at each other in the house.That day ibu cooked laksa kelantan and laksa penang, and for those who didn't took laksa, ibu also cooked white rice, vegetable soup, fried fish, ulam jering together with sambal belacan.In the evening, ibu bought goreng pisang. Ibu also boiled ubi kayu, taken with coconut mixed together with salt and sugar.
On 7th Dec, that is before hari raya, ibu cooked sup tulang, fried meat with kicap, fried mixed vegatable, telur dadar and for sure sambal belacan. On top of that, again ibu boiled ubi kayu eaten with coconut.
On hari raya day, ibu ordered satay together with nasi himpit and kuah kacang. Of course icing kek and also ibu cooked nasi tomato together with dalca, sambal udang, fried chicken and acar timun. There's also ketupat pulut and tapai. My family really enjoyed the food and ibu was the happiest person at that time cos the food that ibu cooked finished and gone just like that.
Anyway, after a busy day and although still feeling tired, ibu rasa puas cos masih dpt menyediakan sajian buat family dgn air tgn ibu sendiri.
Now that everybody had gone home, left ibu with 5 grandchildren and a maid. Although noisy and busy with the grandchildren around, but still ibu managed to post this blog.