Tuesday, November 25, 2008

terkenang dulu2

flash back lagi. Masa ibu kecik dulu, minum susu dlm botol kaca orange F & N. Skrg ni dah tak jumpa dah botol tu, susu pula susu pekat sehingga umur 6 tahun. Tubuh ibu gebu dan montel, (mana tak, minum susu ikut nak, dulu2, mana ada sukatan hentam saja) . Kulit ibu tika tu puteh kemerah2an, rambut merah mcm mat salleh, tu yang nenek syg sngt tu, nama gelaran tika tu MERAH. Nenek ibu saorg bidan, buat ubat makjun, minyak angin, ubat2 beranak dan juga tukang urut. Kadang2 nenek bawa ibu dan saorg sepupu lagi pergi jual makjun ka seberang butterworth, kami bawa 2 tin kosong saorg. Kami pergi naik bas, feri dan jalan kaki sebab rumah tu dekat dgn feri tepi laut. Bila sampai sana, nenek isi makjun dlm tin tu sementara ibu dan sepupu main kat luar. Upah bawa tin, balik dpt makan ais kepal 5 sen satu - ais dimesin, kmd dibuat lubang, taruh kacang merah yg dah direbus, kepal balik, siram air gula merah dan susu pekat, kalu mat sallaeh sebut ICE BALL (skrg ni dah tak ada) beli dgn mamak maidin yg selalu tolak kereta tolaknya kat dpn umah. Nostalgia betul kan? tu masa kecik2 belum sekolah. Bila masuk sekolah rendah, cerita lain pula. Ibu jalan kaki ka sekolah dalam 500 meter jah jarak dari umah, bila tiba waktu rehat, auntie ibu bawa nasi dan air milo untuk ibu makan, duit bawa juga 10 sen (time ni 10 sen dianggap besar, boleh beli macam2). Pegi sekolah ada orang hantar, masa balik pun ada orang ambil. Satu hari (kenangan yg tak boleh dilupakan) pertengahan jalan ka sekolah, hujan turun, kasut, setokin dan baju basah tapi tak lah lencun sngt. Tengah2 belajar, dtg sa org tua berpayong, bimbit sa buah beg pelastik masuk kelas ibu.Tergamam di buatnya, nak tau tak, tu lah nenek ibu, dtg bawa baju, kasut dan setokin untuk ibu. Terharu dibuat nya, mana tak kawan2 yg lain basah juga tapi tak ada pun ibu bapa bawa persalinan untk mereka. Masih ingat lagi kata2 cik gu ibu , nama dia cik gu Baayah kpd kwn2 yg lain - tengok semua, bagus nya nenek dia, susah nak cari nenek begini, syg kat cucu.

2 comments:

Monkey D Luffy said...

sungguh bertuah.

ToKeY said...

waa..mmg bes...hmm teringat kuih koci kt pasar basah tu..nasi lemak bungkus putar..hmm..