Thursday, December 11, 2008

Pengalman jadi guru

Tahun 1972 ibu dapat tawaran mengajar di Sekolah Rendah Ladang Kuala Ketil, Kedah. Waktu ni parents tinggal di Sungai Petani, Kedah. Melalui kawan abah dan setelah keizinan dari nenek, ibu di minta daftar di Pejabat Buruh Sg Petani, kmd di panggil interview sebanyak 2 kali. Memang rezeki ibu, di suruh mengajar selama 1 tahun.

Ketika ni ibu tinggal bersama parents. Dari rumah parents, ka sekolah tersebut sejauh 15 batu. Kami terpaksa melalui jalan tanah merah di penuhi dengan pokok kelapa sawit sejauh 3 batu dari jalan besar. Ibu tumpang kereta volkswagon kepunyaan saorang guru berbangsa sikh (dah tak ingat nama). Semua sekali 5 orang, saorang wanita India (girlfriend sikh) dan dua orang lagi guru laki2 berbangsa melayu. Cik gu sikh datang ambil ibu tepat pukul 6.30 pagi, pertengahan jalan ibu terpaksa alih tempat belakang . Of course, girlfriend sikh, mestilah duduk hadapan. Ibu duduk dibelakang berdekatan cermin tingkap kereta. Salah saorang dari guru laki2 tersebut berbadan besar, bayangkanlah betapa sempitnya, kami terpaksa duduk ikut zigzag. Masa awal pagi tentulah bau minyak wangi semerbak tapi semasa balik sekolah, Ya Allah, Tuhan sajalah yang tahu, dengan panasnya, bau ketiak hangit pun ada.

Kami sampai sekolah kadang2 lewat, sebab bila sampai tempat girlfriend sikh tu, kami terpaksa menunggunya kadang2 sehingga 10-15 minit baru nampak muka.

Sekolahnya banyak kekurangan. Bilik darjah tak berdinding. Buku sekolah pun tak banyak. Kipas pun tak mencukupi. Dinding sekolah dibuat daripada papan, itu pun dah buruk. Imagine satu bilik darjah satu tingkap, punyalah panas. Meja serta kerusi murid dan guru tak boleh nak cakap. Sedih tengok.

Murid tak ramai, 10-15 orang satu kelas. Ibu mengajar murid darjah 5, Bahasa Inggeris. Murid2 ka sekolah dengan baju kotor, kadang2 tak berkasut dan tak mandi pun ada. Kadang2 tak sampai 10 orang murid ka sekolah, alasan kena jaga adik, ibu ayah pergi kebun. Seingat ibu, Halil dan Azizan merupakan anak murid yang ibu sayang. Mereka berdua ni sentiasa bersih sikit dan tak pernah ponteng sekolah dan merupakan murid yang pintar juga. Azizan merupakan anak murid yang periang selalu senyum walau pun kena marah dengan ibu. Halil pula saorang yang pendiam. Mereka merupakan kawan baik, keputusan pereksa mereka boleh membanggakan. Kedua2nya sering berlumba2 untuk mendapat nombor satu. Selalunya bila murid tak pandai baca atau pun bising, ibu denda mereka dengan berdiri atas kerusi. Waktu rehat ibu tak makan sebaliknya pergi ka sungai berdekatan dengan sekolah untuk melihat pacat di pergigian air sungai. Kadang2 terlihat anak2 ikan melompat2 didalam air yang jernih itu. Terasa nyaman sekali.

Di akhir penggal persekolahan ibu masih ingat, dua anak murid yang ibu sayangi menangis sambil menghulurkan tangan. Sebak jugalah. Anyway, inilah pengalaman yang manis buat ibu.
Terlupa, gaji ibu sebanyak rm230. Masa tu banyak kan. Gembiranya dapat duit, tak pernah ibu pegang duit sebanyak itu ketika itu. Ibu agihkan duit itu kepada mak dan nenek, selebihnya ibu buat belanja untuk keperluan ibu sendiri.

2 comments:

Kapten Luffy said...

salam makcik... murid2 pasti akan mengingati gurunya. dan makcik pun pasti akan diingati

Ibu said...

InsyaAllah.......