Saturday, December 13, 2008

Kemalangan

Kali pertama, semasa ibu berumur 15 tahun. Peristiwa berlaku apabila ibu pulang dari sekolah. Ibu pergi dan balik sekolah dengan bas. Rumah ibu bertentangan dengan bus stop. Nak jadikan cerita, suatu hari, apabila turun sahaja dari bas, ibu terus meluru melintas jalan dari belakang bas tanpa menoleh kiri dan kanan. Semasa melintas, there's an oncoming car on the left side of the bus. Apalagi, macam ada kuasa dalam diri, ibu terus memecut dan melompat parit yang sedalam tiga setengah kaki, lalu terus terpacak di atas tanah . Ibu tak bergerak hanya berdiri tegak macam patung, sambil badan menggeletar mungkin terkejut. Kulit ibu yang sememangnya putih menjadi putih pucat tanpa darah. Rasa nak menangis pun ada tapi tak keluar air mata, ibu hanya merenung muka2 jiran yang datang entah dari mana. Kemudian ibu dipimpin oleh ibu saudara dan nenek masuk ka rumah, yang hanya beberapa ela dari tempat kejadian. Terasa berat kaki hendak melangkah. Ibu diberi minum air kosong kononnya untuk menghilangkan rasa terkejut. Keesokan harinya, nenek dengan se ikat pisang sambil membaca doa memusing pisang tersebut ke atas kepala ibu sebanyak tiga kali, kononnya untuk menolak bala, kemudian di sedekahkan kepada anak2 jiran.

Kisah kedua

Bulan December 1976, musim hujan di Kelantan. Waktu tu ibu memandu kereta mini cooper. Kereta ni memanglah kereta lama, beli pun secong hand. Hujan turun renyai2, ibu pulang dari pejabat kira2 pukul 5 petang. Pandu pun taklah laju sangat cuma 30 kilometer sejam, faham2 sajalah kereta lama, pula tu hujan, jalan licin. Di hadapan ibu ada sebuah bas bawa penumpang. Tiba2 bas tersebut hendak berhenti menurunkan penumpangnya. Ibu yang kebetulan ikut dari belakang bas tersebut mula menekan brek.......alamak brek tak makan. Apa lagi tanpa memikir panjang, ibu lepaskan brek tersebut, terdetik dalam hati, apa nak jadi pun jadi lah. Ibu pejamkan mata, kemudian terdengar bunyi GEDEBU.....MMMMMMMMM, kereta ibu terhenti. Bila buka mata saja, ibu dapati kereta dah mencium belakang bas tersebut, kepala ibu pula terhantuk ka steering tapi mujur lah tidak serious. Kereta ibu pun tidak mengalami apa2 kerosakan mungkin di sebabkan pandu perlahan. Semasa kejadian, hubby berada di maktab perguruan, mujurlah ada sedara hubby tolong hantarkan ibu ka rumah.


Kisah ketiga

Ibu dan keluarga ingin bercuti ka Penang. Ibu bersama hubby dan lima orang anak. Anak ibu masih kecil lagi ketika itu. Kami bertolak dari Kota Bharu awal pagi dengan menaiki proton saga 1.5 cc berwarna coklat. Sampai saja kami dekat dengan Sekolah Rendah Sains Mara, Grik, sebuah lori tiba2 keluar dari arah kiri jalan. Semasa tu kami sedang menaiki bukit, apa lagi GEDEGEEEEE...........NG lah kereta kami menyondol lori tersebut. Rasa nak marah pun ada pada pemandu lori tersebut sebab tidak berhenti dulu sebelum keluar. Tapi Alhamdulillah walaupun depan kereta remuk teruk, kami sekeluarga tidak mengalami apa2 kecederaan. Adik ibu dari Sg Petani Kedah datang ambil. Kereta terpaksa tinggal di grik selama satu bulan untuk repair.

Kisah keempat

Ibu dan suami dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur ka Kota Bharu. Kejadian terjadi di lebuh raya Gua Musang. Di hadapan kami dua buah lori treler. Suami ingin memotong dua buah lori tersebut apabila sebuah bas dari arah bertentangan menuju betul2 ke arah kereta kami. Ibu panik, sambil memejam mata ibu pegang tangan suami sambil melaung ALL.............AAAAAAAAAAAAH. Ibu ingat mati tapi Alhamdullillah selamat. Semenjak dari itu ibu jadi fobia........takut naik kereta sekiranya perjalanan itu jauh. Sehingga ke hari ini masih lagi terbayang peristiwa yang menakutkan itu.

No comments: