Monday, December 15, 2008

Masa kecik2 dulu, ibu sekolah kat Tanjong Tokong, Penang. Dari darjah 1 hingga darjah 2, sekolah ibu terletak di atas bukit. Ibu terpaksa naik tangga, tinggi jugak tapi tak setinggi Batu Caves. Klu nak jalan pintas, ibu panjat bukit melalui rumah2 org dan hutan2 lalang. Kadang2 tu cuak juga, bukan apa takut terserempak dgn ular. Tapi ular pun takut, sebab ibu naik bukit beramai2. Kami naik sambil membuat bising, menyanyi lah, melaung lah sambil memegang kayu. Kat sekolah selalu juga jumpa ular, kadang2 tengah belajar ada ular tergantung kat atas bumbung sekolah. Kami terpaksa berhenti belajar. Waktu itu, buku sekolah tak ada, kami hanya bawa sekeping papan hitam ukuran lebih kurang 1 kaki panjang 10 kaki lebar, pembaris, kain secuping untuk membersih papan hitam tersebut serta sebatang kapur untuk menulis. Homework tak ada. Tuition pun tak ada. Waktu rehat ibu selalu beli kacang kuda, separuh ibu makan, separuh lagi ibu simpan. Sewaktu guru asyik mengajar, murid2 tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap subject yg di ajar, sebaliknya asyik bermain dengan kacang kuda. Kacang kuda tersebut di lenyek sehingga leper dengan pembaris kmd di edarkan untuk makan.

Naik darjah 3 dan 4, ibu pindah sekolah baru, di Tanjung Tokong juga, tepi laut. Di sini ibu mula belajar dengan menggunakan buku. Cik Gu kesayangan ialah cik gu Mahbud dan cik gu Hashim. Ada satu ketika kaki cik gu Mahbud terkena mesin rumput, habis satu kelas meraung dan berteriak padahal sikit saja jahitan luka nya. Kalau nak di bandingkan antara murid dan guru masa dahulu dan sekarang memanglah jauh sekali kasih sygnya.

Dulu2, sekiranya ada wayang menarik di panggung, ibu boleh meminta kebenaran dari guru untuk pulang awal. Kalu wayang bermula pukul 6 petang, nenek akan dtg menjemput ibu di sekolah pada pukul 3 petang.
Sebulan sekali pula, Kementerian Penerangan akan menayangkan wayang gambar di padang sekolah tersebut. Kedengaran kereta penerangan melalui corong besar menghibahkan kpd orang ramai filem P.Ramlee. Ibu di paksa oleh nenek tidur siang, supaya tak ngantuk malam nanti. Pukul 6 petang ibu dah siap dengan pakaian baju tidur. Lepas maghrib saja, semua berhimpun di padang tersebut dengan membawa makanan, minuman tikar dan bantal pun ada. Kami lepak atas rumput sambil makan dan minum kadang2 tidur pun ada. Semasa menonton pula, kami di beri minuman percuma air milo. Hmmmmm......sedapnya ........ sungguh nostalgia. kenangan dulu2.

No comments: